SALAMUNALAIK..KEPADA LECTURER2..DAN SAHABAT2 SEPERJUANGAN.
Menjelang peperiksaan akhir semester 2 ni,sy gunakan blog ni sbg cara untuk menyampaikan ucapan
terima kasih dan mohon kemaafan :)
1)Remote Sensing (RPA231)
-Pada mula2 sem,subjek ni bg sy subjek hardcore yang hard. Tapi lepas saya mempelajari minggu demi minggu,,kelas demi kelas,,lab demi lab..Alhamdulillah sy dpt memahami isi kontena subjek ni. Tambahan lg,subjek ni diajar oleh Pn. Faradina yg begitu cemerlang dalam melembutkan hati sy untuk menerima dan memahami sujek ini. Terima Kasih :)
SUBJEK: RPA231
WAKTU:2.30-5.30
TARIKH: 22/3/2011
2)English For Writing (WIW132)
-Buat kali kedua kelas english bersama Cik Emyra. Gaya santai dan sempoi cik dalam pengajaran membuatkan sy senang untuk mengikuti apa yg diajar. Tambahan pula sem ni,cik membuat pendekatan dgn adakan games utk kelas khamis ,buat kn sy lebih berminat untuk mendalami english.Saya merupakan pelajar yang lemah dalam english,berharap sem ni sy dapat menganjakkan diri saya untuk mendapatkan pointer terbaik
tambahn pula sem ni terdapat MUET.
Terima Kasih :)
SUBJEK:WIW132
WAKTU:2.30-5.30
TARIKH:23/3/2011
3) Pendidikan Islam (WPI130)
-Subjek kegemaran saya sejak zaman sekolah dan merupakan subjek bonus.Kenapa sy ckp bonus? sebab sy bersyukur dilahirkan dalam islam,sejak kecil dididik dan kini hanya untuk menambahkan lagi ilmu sedia ada.
Subjek yg diajar oleh Cik Isma yg merupakan lecturer kesayangan ramai.Cik Isma yg mempunyai gaya tersendiri ketika menyampaikan pengajaran membuatkan sy tertarik untuk mendengar dari awal hingga akhir.
Cik isma juga merupakan lecturer fleksibel,krn dia boleh garang..senyum..ketawa..serius dalam 1 masa.
Terima Kasih :)
SUBJEK:WPI130
WAKTU:9.30-12.30
TARIKH:25/3/2011
4)Asas Komputer (WAK120)
-Sebelum sy ulas lebih lanjut,sy nk wish dulu, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Cik Puan Zurin,semoga kekal hingga akhir hayat.Amin. Untuk subjek ni,sy agak blur..sbb sy 1st time belaja IT ni..
Tapi,ketegasan cik zurin dalam mengajar subjek ni ,akhirnya sy berjaya mengenali IT menerusi subjek ni.
Bagi sy cik zurin seorang yang serius + fokus pada waktu kelas..dan sempoi + peramah pada waktu bukan kelas . Terima Kasih :)
SUBJEK:WAK120
WAKTU:9.30-12-30
TARIKH;28/3/2011
5)Prinsip Asas GIS (GPA231)
-subjek ni sy dapat tenaga lecturer baru iaitu Cik Fatekah. Dia merupakan seorang yg tegas dalam kerja.Serius pada waktu kelas.tetapi sifat tegas dan serius nya itu tidak pada luar kelas.Apa yg dimahukan ialah para student fokus allout pada waktu kelas.Walau pada usia muda, dia mempunyai sifat mendidik yg tinggi ,ini krn cara dia "masuk" ke dunia remaja student dan berjaya mengawal sifat sabar dlm mendidik student.
Terima Kasih :)
SUBJEK:GPA231
WAKTU:9.30-12.30
TARIKH;30/3/2011
6)Matematik Lanjutan (CGM232)
-Sem lepas matematik,sem ni matematik lanjutan. Alhamdulillah walau ianya subjek addmath yg sy gagal pd SPM,sy berjaya mengikutinya kali ini hasil ajaran Pn.Rosidah. Dia sangat sabar dalam mendidik student2,tak kisah walau diminta ajar berulang2 demi kefahaman student.kesabarannya itu yg membuatkan sy dan student2 yg lain memahami apa itu matematik.Sy janji akan kurangkan careless sy pada paper final nty,itu kelemahan sy .
Terima Kasih:)
SUBJEK:CGM232
WAKTU:9.30-12.30
TARIKH:31/3/2011
7) CAD Drawing (CAD211)
-CAD subjek yg tak masuk final,sy drpda xtahu ape tu cad dan cara menggunakannya,kini sy boleh menggunakannya hasil tunjuk ajar En.Md Syakirin. Walau encik dapat mengajar kami hanya seketika,jasamu sentiasa dikenang.Terima Kasih :)
8)Ko-K (PISPA)
-merupakan subjek ko-k untuk sem ni. Diambilalih oleh JPAM dan diberikan nama PISPA (Pers.Institusi Pertahanan Awam).Diajar oleh En.Sudirman dan beberapa anggota JPAM. Kemuncak PISPA ialah pada 14mac iaitu Majlis Tamat Latihan yg berjaya disempurnakan dengan jayanya.
Terima Kasih:)
Akhir sekali saya ingin memohon maaf
dari hujung rambut hingga hujung kaki
salah dan silap
terkasar bahasa
menyinggung perasaan
semua lecturer2
sahabat2 seperjuangan
maafkan saya
buah cempedak luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
sekian wa billah hi taufiq
ASSALAMUALAIKUM WBT.
G O OD L U C K !

