Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei tiap tahun merupakan Hari Guru Peringkat Kebangssan
Hari Guru diadakan bagi menghargai jasa guru-guru di malaysia

Dikesempatan ini,saya LUKMANHAKIM B ABDUL RASYID
nak membuat ucapan kepada Guru-guru saya

Pertama: IBU & AYAH
ibu dan ayah merupakan guru pertamaku. mereka ajarkan aku membaca,menulis dan mengira di peringkat awal.
mereka ajarkan aku mengaji,solat dan adab2 agama.


Kedua: Guru-Guru Tadika
aku bersekolah tadika di Tadika Capital, jalan gurney.
mereka yang mengajar aku asas kepada semua perkara sebelum ku melangkah ke sekolah rendah


Ketiga: Guru-guru sekolah rendah
masa sekolah rendah,aku bersekolah di 4 buah sekolah
pindah randah gitu,sebab ikut family pindah


1999-2001 (darjah1-darjah3)
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT 1

2002 (darjah4)
SEKOLAH KEB. SG.CHOH
(**lencana xdek..men geduk jer gambar)


2002 (darjah 4)
SEKOLAH KEB. BUKIT BERUNTUNG


2003-2004 (darjah5-darjah6)
SEKOLAH KEB. TAMAN TASIK



Keempat: untuk Guru-guru ku di Sekolah Menengah

aku bersekolah di SMK TAMAN TASIK.AMPANG


Kelima: Pensyarah-pensyarah ku di GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL

untuk semua-semua insan diatas ini, saya mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
JASAMU SENTIASA KU KENANG
TERIMA KASIH CIKGU!

Saturday, May 14, 2011

JUARA BPL KALI KE-19

First of all..
C O N G R A T U L A T I O N S !!

tahniah MANCHESTER UNITED
sebab menjuarai Barclays Premier League untuk kali ke 19 






kenapa kejuaraan kali ini agak istimewa?
sebab manchester united dah MEMECAHKAN REKOD
dengan menjadi kelab BPL paling banyak menjuarai Liga
iaitu SEMBILAN BELAS kali







rekod yang sebelum ini dipegang LiverFOOL iaitu 18 kali
mudah dipecahkan oleh SANG JUARA M.U.



Wayne Rooney menjadi wira dengan menjaringkan penalti bagi menyamakan kedudukan
dengan Blackburn Rovers sekaligus mengesahkan manchester united 
sebagai juara BPL 2010/2011


tamat sahaja 90 minit permainan
para pemain,pegawai,jurulatih berpesta meraikan kejuaraan
tetapi trofi BPL akan diserah pada perlawanan terakhir menentang Blackpool di Old Trafford
semestinya perlawanan menentang blackpool menjadi perlawanan KERAIAN bagi
warga manchester united !





sebelum tu,aku ada nk bagi ucapan ringkas pada setiap pencabar M.U
CHELSEA: teruskan usaha mu dengan ajar torres nak jaringkan gol
ARSENAL: jgn lupa untuk rekrut budak2 tadika sbg player season depan
MAN.CITY: kekayaan boleh dibeli,tapi sejarah tidak ternilai dengan pound sterling
LIVERPOOL: nak kejar M.U? kejar mancity dulu....HAHA


LAST BUT NOT LEAST..
GLORY-GLORY NINETEENTH!


Friday, May 13, 2011

SELANGOR 1-5 KELANTAN

Kalau negeri sembilan
Apo Kono Eh Jang!
Selangor?
Pe cer ni der.....haa!

Separuh Akhir PIALA FA:
Selangor 1
Kelantan 5

amboi! mengganas nampak?
kem selangor,pe yg ni dikata?
pandangan aku la..
Cukupla sampai tahun ni
oh K DEVAN.

Selangor need new tactical
need new coach
and need improve their own mentality

common lah selangor
duduk no1 liga super tapi
tactical langsung OUT

macam manelah penonton nak datang stadium
kalau dah tau apa akan jadi
setiap kali lawan kelantan


hmm..ni kat KOTA BHARU ke SHAH ALAM?

tak apelah,kami fans tetap menyokong
yang penting tukar coach
bukan kami lupa jasa
tapi sampai bila nak badi?
papepun jasa K DEVAN tetap kami kenang

VIVA SELANGOR VIVA !

KONGSI: Lu Langsi Lu Mati

HELLO Kawan.
dah tengok filem KONGSI?
meh aku nak share dan pendapat tentang
KONGSI:Lu Langsi Lu Mati


aku p tgk citer ni 1st Day dia keluar
12 Mei 2011
aku tgk dgn sahabat aku
Man To dan El Vinn

timing: 1:30pm


Barisan pelakon gempak dah,dengan tarikan utama dia,
Shaheizy Sam


yang lain-lain seperti pak pie,Fizo Omar,yana,poonah,azad dan lain2.


tapi,apepun aku terpikat dengan Inspektor Olla <3
HAHA =)

Citer ni bagi aku Biasa2 jer
tapi kenapa masih dpt sambutan?
sbb orang tertarik dgn Trailer dia
lagi2 bab kete Polis berlanggar2

Hebat la,filem pertama yang hancurkan kereta polis
bak kata David Teo: "kalau xhancurkan tiga kereta,jangan balik"

pergh! taulah MIG kayo rayo,leh bayar
setakat 3 kereta =)

watak yang aku minat lagi,
dah tentunya pak pi'e
sebagai ayahanda maliki.
lakonan beliau yang sempoi
sebagai ayahanda kongsi gelap kaum melayu.

Lastly,cerita ni taklah merugikan.
bayar tiket RM11,kira berbaloilah dengan gelak2
xdelah rugi macam tgk citer 2 alam


Pada yg belum tgk,
pigilah tgk..
Lu Langsi Lu Mati!

Wednesday, May 11, 2011

KERETA POLIS SEDUNIA

 Polis memerlukan kenderaan untuk mengejar penjenayah. Jika penjenayah naik basikal, polis perlu naik motor. Kalau penjenayah naik motor, polis perlu naik motor sport. Kalau penjenayah naik motor sport, polis perlu naik kereta sport. Kalau penjenayah naik kereta sport, polis pun naik hairan. Sebab polis punya kereta tak sport langsung. Kah kah kah! Mari kita saksikan koleksi gambar kereta-kereta polis sedunia.
1GermanyBrabusCLSRocket
2GermanyBrabusCLSRocket
3GermanyBrabusCLSRocket
Ini kereta polis negara Jerman. Polis negara Jerman menggunakan kereta Brabus CLS Rocket dengan kuasa sehingga 730 HP daripada enjin twin turbo V12. Kalau laju, kereta ini boleh mencapai kepantasan sehingga 225.19 batu sejam. Kereta Brabus CLS Rocket adalah kereta jenis sedan terpantas di dunia pada ketika ini.
2GermanyPorsche911Carrera
Selain daripada Brabus CLS Rocket, polis negara Jerman juga menggunakan kereta Porsche 911 Carrera. Kereta ini telah di modified supaya menepati ciri-ciri keselamatan dan kelajuan yang diperlukan oleh pihak polis untuk mengejar penjenayah. Dengan enjin berkuasa sehingga 500 HP daripada enjin berkapasiti 5 liter dengan V10, kelajuan kereta ini boleh mencecah sehingga 186 batu sejam. Kereta ini juga boleh mencapai kelajuan 60 batu sejam dalam masa hanya 4.5 saat.
4ItalypolicecarLamborghiniGallardo
4ItalypolicecarLamborghiniGallardo2
Ini kereta polis negara Itali. Polis negara Itali menggunakan kereta Lamborghini Gallardo. Kereta ini boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 190 batu sejam dan digerakkan oleh enjin berkuasa 500 HP dengan kapasiti 5 liter V10.
5ItalypolicecarSmart
Ini satu lagi kereta polis negara Itali. Kereta Smart. Meskipun ini bukan kereta sport, tapi kalau nak mengejar penjenayah di lorong-lorong kecil, kereta ini pasti lebih bertenaga berbanding Kancil.
6USApolicecarDodgeMagnum
6USApolicecarDodgeMagnum2
Ini pula gambar kereta polis negara Amerika Syarikat. Polis negara Amerika Syarikat menggunakan Dodge Magnum sebagai kenderaan mereka. Kereta jenis ini nampak gagah di atas dan di luar jalan.
7USApoliceDodgeViper
Ini pula kereta Dodge Viper yang juga digunakan oleh polis Amerika Syarikat. Kalau penjenayah naik Wira, polis Amerika boleh tido dulu sebelum kejar.
8USApolicecarCorvetteC5
Ada lagi. Ini pulak kereta Corvetto C5. Polis Amerika guna kereta ni jugak. Perompak tengok kereta ni terus putus asa. Malas nak lari.
9USApolicecarFordMustang
Ford Mustang. “Memang charee!” orang muda kata. Masih lagi kereta polis Amerika.
10USApolicecarHummerH2
Ini pulak Hummer H2. Enjin berkuasa 700 HP dengan kapasiti 7 liter V8 digunakan oleh sheriff Amerika.
11UKpolicecarLamborghiniGallardo
11UKpolicecarLamborghiniGallardo2
11UKpolicecarLamborghiniGallardo
Ini kereta polis United Kingdom. Polis United Kingdom menggunakan kereta Lamborghini Gallardo, sama seperti negara Italy. Warna kereta macam warna rasmi TV3 . Huh!
12UKpolicecarLotusExige
12UKpolicecarLotusExige2
Masih lagi kereta polis United Kingdom. Kereta jenis Lotus Exige?. Kereta ni ringan, minyak jimat dan yang pasti, lebih berdesup daripada kereta jenis V8 yang seumpama dengannya.
13AustraliapoliceHoldenVECommodore
Kereta polis Australia jenis Holden VE Commodore.
13AustraliapolicecarAlfaRomeoGT
Kereta polis Australia jenis Alfa Romeo GT.
14JapanpolicecarsNissanSkylineGT-R
Ini kereta polis negara Jepun. Polis negara jepun menggunakan kereta Nissan Skyline GT-R.
15ChinapolicecarsHummer
Polis negara China menggunakan kereta yang sama dengan sheriff Amerika Syarikat. Mereka menggunkan kereta jenis Hummer.
17CanadapolicecarsJaguarSType
Ini kereta Jaguar S Type yang digunakan oleh polis negara Kanada.
16HollandpolicecarsSpykerC8Spyder
Ini kereta polis Belanda. Polis Belanda menggunakan kereta Spyker C8 Spyder dengan kuasa kuda sehingga 406 HP, dengan pintu ala-ala Lamborghini. Kelajuan maksima boleh mencecah 186 batu sejam.
18BulgariapolicecarsPorsche911
Ini kereta polis Bulgaria. Diulangi, Bulgaria. Bukan Mongolia. Polis Bulgaria menggunakan kereta Porsche 911.
19SaudiArabiapolicecarsLamborghiniGallardo
Satu lagi Lamborghini Gallardo. Kali ini digunakan oleh polis negara Arab Saudi.


 Di Malaysia, Mitsubishi Evo10..menggantikan saga,wira dan waja


Paling Terbaru PDRM terima, KIA Forte. TAHNIAH!

20Malaysiapolicevancars
Dan yang paling power… van polis Malaysia. Laju berdesup beb!