Polis memerlukan kenderaan untuk mengejar penjenayah. Jika penjenayah naik basikal, polis perlu naik motor. Kalau penjenayah naik motor, polis perlu naik motor sport. Kalau penjenayah naik motor sport, polis perlu naik kereta sport. Kalau penjenayah naik kereta sport, polis pun naik hairan. Sebab polis punya kereta tak sport langsung. Kah kah kah! Mari kita saksikan koleksi gambar kereta-kereta polis sedunia.
Ini kereta polis negara Jerman. Polis negara Jerman menggunakan kereta Brabus CLS Rocket dengan kuasa sehingga 730 HP daripada enjin twin turbo V12. Kalau laju, kereta ini boleh mencapai kepantasan sehingga 225.19 batu sejam. Kereta Brabus CLS Rocket adalah kereta jenis sedan terpantas di dunia pada ketika ini.
Selain daripada Brabus CLS Rocket, polis negara Jerman juga menggunakan kereta Porsche 911 Carrera. Kereta ini telah di modified supaya menepati ciri-ciri keselamatan dan kelajuan yang diperlukan oleh pihak polis untuk mengejar penjenayah. Dengan enjin berkuasa sehingga 500 HP daripada enjin berkapasiti 5 liter dengan V10, kelajuan kereta ini boleh mencecah sehingga 186 batu sejam. Kereta ini juga boleh mencapai kelajuan 60 batu sejam dalam masa hanya 4.5 saat.
Ini kereta polis negara Itali. Polis negara Itali menggunakan kereta Lamborghini Gallardo. Kereta ini boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 190 batu sejam dan digerakkan oleh enjin berkuasa 500 HP dengan kapasiti 5 liter V10.
Ini satu lagi kereta polis negara Itali. Kereta Smart. Meskipun ini bukan kereta sport, tapi kalau nak mengejar penjenayah di lorong-lorong kecil, kereta ini pasti lebih bertenaga berbanding Kancil.
Ini pula gambar kereta polis negara Amerika Syarikat. Polis negara Amerika Syarikat menggunakan Dodge Magnum sebagai kenderaan mereka. Kereta jenis ini nampak gagah di atas dan di luar jalan.
Ini pula kereta Dodge Viper yang juga digunakan oleh polis Amerika Syarikat. Kalau penjenayah naik Wira, polis Amerika boleh tido dulu sebelum kejar.
Ada lagi. Ini pulak kereta Corvetto C5. Polis Amerika guna kereta ni jugak. Perompak tengok kereta ni terus putus asa. Malas nak lari.
Ford Mustang. “Memang charee!” orang muda kata. Masih lagi kereta polis Amerika.
Ini pulak Hummer H2. Enjin berkuasa 700 HP dengan kapasiti 7 liter V8 digunakan oleh sheriff Amerika.
Ini kereta polis United Kingdom. Polis United Kingdom menggunakan kereta Lamborghini Gallardo, sama seperti negara Italy. Warna kereta macam warna rasmi TV3 . Huh!
Masih lagi kereta polis United Kingdom. Kereta jenis Lotus Exige?. Kereta ni ringan, minyak jimat dan yang pasti, lebih berdesup daripada kereta jenis V8 yang seumpama dengannya.
Kereta polis Australia jenis Holden VE Commodore.
Kereta polis Australia jenis Alfa Romeo GT.
Ini kereta polis negara Jepun. Polis negara jepun menggunakan kereta Nissan Skyline GT-R.
Polis negara China menggunakan kereta yang sama dengan sheriff Amerika Syarikat. Mereka menggunkan kereta jenis Hummer.
Ini kereta Jaguar S Type yang digunakan oleh polis negara Kanada.
Ini kereta polis Belanda. Polis Belanda menggunakan kereta Spyker C8 Spyder dengan kuasa kuda sehingga 406 HP, dengan pintu ala-ala Lamborghini. Kelajuan maksima boleh mencecah 186 batu sejam.
Ini kereta polis Bulgaria. Diulangi, Bulgaria. Bukan Mongolia. Polis Bulgaria menggunakan kereta Porsche 911.
Satu lagi Lamborghini Gallardo. Kali ini digunakan oleh polis negara Arab Saudi.
Di Malaysia, Mitsubishi Evo10..menggantikan saga,wira dan waja
Paling Terbaru PDRM terima, KIA Forte. TAHNIAH!
Dan yang paling power… van polis Malaysia. Laju berdesup beb!




























No comments:
Post a Comment