Monday, November 28, 2011

Misi Olimpik London Gagal Kerana Sukan Sea ?



SUKAN SEA : LULUS
OLIMPIK 2012 : ?????

Itulah hakikat dan persoalan yang terjadi kepada Skuad Harimau Muda kita.
TAHNIAH,kerana Skuad kita berjaya pertahankan kejuaraan dalam Sukan Sea.

Dalam kegembiraan menumpaskan Garuda, Malaysia tak boleh terus dibuai lena sebab Misi London 2012 menentang Syria hanya selang 2 hari selepas Final Sukan Sea.

Dikhabarkan, Syria membawa skuad tempang ke Bukit Jalil dengan 5 tonggak utama yang CEDERA.
Berita gembira untuk Harimau Muda. Tapi kita lihat di pihak kita, adakah skuad emas kita 100% fitness dan bersedia?

Sejak melangkah ke final sukan sea lagi kita sudah tempang.
Syahrul Azwari, Irfan Fazail, Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam merupakan nama besar dalam skuad Harimau Muda. Tetapi masalah kecederaan menghantui mereka.

Malaysia memenangi ibu segala pingat emas, tetapi  terpaksa membayar harga yang mahal dengan kecederaan bintang-bintang utama .

Menentang Syria di Bukit Jalil, tidak sampai 48 Jam rehat sudah terpaksa turun berjuang kembali. Skuad kembali diperkuat dengan kehadiran Wan Zack Haikal, tetapi prestasi beliau ternyata masih belum ditahap sebenar kerana masalah kecederaan yang dialami sebelum ini.

Perlawanan kedua menentang Bahrain, Syahrul Azwari sudah boleh bermain dan pemain sudah mempunyai rehat yang cukup. kemenangan hampir pasti milik kita tetapi kelalaian membuai mimpi anak2  buah OKS ini membawa padah apabila Bahrain menjaringkan 3 gol dalam 6 minit.

TIGA KEKALAHAN,hanya keajaiban yang mampu membawa Malaysia ke London. 
BAYANGKAN, perlawanan menentang syria dan bahrain tidak bertembung dengan sukan sea. Malaysia pastinya 100% fokus pada Olimpik . OKS menghidangkan ramuan terbaiknya hanya untuk kelayakan olimpik.

Tetapi pertembungan dengan sukan sea telah ditakdirkan. Tiada siapa yang perlu disalahkan kerana kegembiraan memenangi pingat emas bola sepak masih lagi segar diingatan,kerana:

1) KITA PERTAHANKAN EMAS DI LAOS
2)MENGALAHKAN INDONESIA 2 KALI DI GBK
3)NEGARAKU BERKUMANDANG MEGAH DI GBK SEBAIK KITA MENJADI JUARA

OKS dan Skuad Muda kita adalah wira. dan perlu diingati, kita adalah KUASA BARU BOLASEPAK ASEAN

1) 2009-JUARA SUKAN SEA LAOS
2)2010-JUARA AFF SUZUKI
3)2011-JUARA SUKAN SEA INDONESIA

kejayaan ini sudah cukup menutup mulut pengkritik dan kejayaan ini tidak terhenti.
Sasaran seterusnya adalah

1)LAYAK PIALA ASIA 2015
2)JUARA AFF 2012
)JUARA SUKAN SEA MYANMAR

Semoga Skuad kita sentiasa dipelihara !
SELAMANYA HARIMAU MALAYSA !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

.



..
.

"JANGAN BERSORAK SEMASA MENANG , SEKIRANYA TAK MAMPU MENYOKONG SEWAKTU KALAH" 

No comments:

Post a Comment